Thursday 1 March 2012

Contoh Rekaan Kasut Kanvas


Assalamualaikum... Banyak permintaan inginkan gambar contoh reka corak kasut kanvas yang bertemakan hidupan laut. Oleh yang demikian, di sini saya paparkan beberapa gambar yang diambil  dari laman-laman sesawang sebagai panduan calon-calon SPM untuk menjawab Soalan 1 iaitu soalan yang paling laris tahun ini bertajuk reka corak kasut kanvas yang bertemakan hidupan laut. Walau bagaimana pun, ada gambar yang tidak boleh ditiru kerana menggunakan ikan darat (contoh ikan koi dan ikan emas). Anda hanya perlu lihat bagaimana idea boleh diolah daripada contoh-contoh yang ada. 


Anda boleh cari sendiri untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. gambar-gambar ini bukan untuk ditiru. hanya sebagai panduan sahaja. Ada beberapa pertanyaan tentang bagaimanakah cara mencari gambar dari laman-laman internet. Telah pun diberitahu caranya pada post yang lalu. Namun di sini saya ingin ulang lagi sekali langkah-langkahnya dimana anda hanya perlukan 4 langkah...


1. Buka google > klik image 
2. Taip kata kunci > contoh 'kasut kanvas ' atau dengan Bahasa Inggeris untuk lebih banyak dapatan 'canvas shoes '. jika tidak tahu apa perkataan itu dalam Bahasa Inggeris sila rujuk kamus atau klik google translator . Atau jika mahu lebih spesifik, taip 'canvas shoe designs ' dan sebagainya.
3. Klik pada gambar pilihan
4. Simpan gambar dalam komputer anda. Klik kanan, 'save image as'
Itu sahaja.. mudah bukan?




No comments:

Post a Comment