Sunday 18 March 2012

Catan Cat Air


Alatan dan Bahan 

1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah 
Cat air dalam tiub
cat air boleh dimasukkan dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula
Cat air dalam jenis kek
Pelbagai saiz , bentuk dan jenis berus lembut
Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura
Gam Arab
Kotak Alatan Cat Air , bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas . Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri

Proses Catan Cat Air 

1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi 

3. Membuat Lakaran 
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna 
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)

5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

Contoh-contoh Catan Cat Air


No comments:

Post a Comment