Sunday, 18 March 2012
Proses Penghasilan Logo
Logo-logo syarikat terkemuka
Logo permainan video terkemuka
Alat dan Bahan
1. Alat : Pensel , Pensel Teknikal , Pembaris , berus , set alat geometri , pemadam
2. Bahan : Kertas , Warna Poster dan Dakwat
Proses
1. Penetapan tema logo dan memahami kehendak logo tersebut
2. Membuat kajian dan mengumpulkan informasi logo sama ada kelas , pertubuhan , persatuan atau korporat
3. Tentukan saiz dan warna logo yang dikehendaki
4. Membuat pelbagai lakaran dan perkembangan idea dengan mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan , pergerakan , konra dan sebagainua dalam proses penghasilan gubahan
5. Membuat lakaran akhir bagi idea yang telah dipilih
contoh lakaran idea menggunakan pensel atau pen
lakaran idea logo menggunakan dakwat
penggunaan komputer lebih memudahkan dalam penghasilan pelbagai cadangan idea logo
antara cadangan idea logo
antara cadangan logo
antara contoh-contoh logo
Contoh Proses Penghasilan Logo
idea asal logo / bahan kajian , bentuk tangan yang sedang mengenggam
lakaran realistik bentuk tangan tersebut
bentuk tangan yang dipermudahkan lagi
proses perkembangan idea dan idea akhir
idea akhir boleh menggunakan warna poster atau aplikasi komputer : Adobe Photoshop
penambahan unsur-unsur lain pada logo yang dihasilkan
beberapa cadangan warna logo
contoh logo yang telah siap yang digunakan sebagai identiti korporat
Catan Cat Air II
Saksikan Video Teknik Regangan Kertas dan Teknik-teknik Catan Cat Air
Teknik Meregang Cat Kertas Air
Teknik basah atas basah
Teknik basah atas kering
Kering atas basah
Teknik Meregang Cat Kertas Air
Teknik basah atas basah
Teknik basah atas kering
Kering atas basah
Catan Cat Air
Alatan dan Bahan
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah
Cat air dalam tiub
cat air boleh dimasukkan dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula
Cat air dalam jenis kek
Pelbagai saiz , bentuk dan jenis berus lembut
Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura
Gam Arab
Kotak Alatan Cat Air , bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas . Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri
Proses Catan Cat Air
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.
Contoh-contoh Catan Cat Air
Lukisan Teknik Titik (Pointillism)
Lukisan Teknik Titik
Salah satu daripada teknik lukisan adalah teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.
Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap
Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap
Contoh:
Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap
Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap
Contoh:
perbezaan dari ton gelap ke cerah
Prinsip Rekaan
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.
1. Harmoni
-Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
-Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
-Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
-Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
-Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan
pergerakan
-Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
1. Harmoni
-Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
-Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
-Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
-Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
Harmoni dari segi garisan
Harmoni dari segi bentuk
Harmoni dari segi rupa
2. Kontra-Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
-Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan
pergerakan
-Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
Kontra dari segi bentuk
Kontra dari segi warna
Kontra dari segi warna
Friday, 16 March 2012
RUPA (unsur seni)
Unsur-unsur Seni - RUPA
A. Pengenalan
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa |
Rupa |
B. Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut.
dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
Rupa Geometri |
Rupa Geometri |
Melukis dan Mewarna Pokok
Teknik melukis pokok
1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.
Soalan KRSV 2611/3 Tahun 2012
Kepada calon-calon SPM anda boleh muat turun soalan Kajian Rekaan Seni Visual Kertas 3 Tahun 2012 dari web Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti yang tertera di bawah:-
MuatTurun Di Sini
MuatTurun Di Sini
Friday, 2 March 2012
Garisan Oh Garisan~
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Tajuk ini biasanya diajar kepada murid tingkatan satu dan dua. Murid tingkatan satu biasanya agak asing dengan teori seni dan guru haruslah mengaitkan keadaan di persekitaran dengan asas-asas seni reka bagi memperjelaskan bagaimana hubung kaitan objek-objek di persekitaran dengan seni visual.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan.
garisan bulatan utama bagi melakar struktur badan seekor ayam |
menyambung garisan-garisan berikutnya bagi struktur leher dan kepala |
seterusnya menambah garisan pada ekor dan kaki |
dengan mengenalpasti arah cahaya dan jalinan , maka terbentuklah lakaran seekor ayam |
Subscribe to:
Posts (Atom)