Sunday, 18 March 2012
Proses Penghasilan Logo
Logo-logo syarikat terkemuka
Logo permainan video terkemuka
Alat dan Bahan
1. Alat : Pensel , Pensel Teknikal , Pembaris , berus , set alat geometri , pemadam
2. Bahan : Kertas , Warna Poster dan Dakwat
Proses
1. Penetapan tema logo dan memahami kehendak logo tersebut
2. Membuat kajian dan mengumpulkan informasi logo sama ada kelas , pertubuhan , persatuan atau korporat
3. Tentukan saiz dan warna logo yang dikehendaki
4. Membuat pelbagai lakaran dan perkembangan idea dengan mengutamakan prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan , pergerakan , konra dan sebagainua dalam proses penghasilan gubahan
5. Membuat lakaran akhir bagi idea yang telah dipilih
contoh lakaran idea menggunakan pensel atau pen
lakaran idea logo menggunakan dakwat
penggunaan komputer lebih memudahkan dalam penghasilan pelbagai cadangan idea logo
antara cadangan idea logo
antara cadangan logo
antara contoh-contoh logo
Contoh Proses Penghasilan Logo
idea asal logo / bahan kajian , bentuk tangan yang sedang mengenggam
lakaran realistik bentuk tangan tersebut
bentuk tangan yang dipermudahkan lagi
proses perkembangan idea dan idea akhir
idea akhir boleh menggunakan warna poster atau aplikasi komputer : Adobe Photoshop
penambahan unsur-unsur lain pada logo yang dihasilkan
beberapa cadangan warna logo
contoh logo yang telah siap yang digunakan sebagai identiti korporat
Catan Cat Air II
Saksikan Video Teknik Regangan Kertas dan Teknik-teknik Catan Cat Air
Teknik Meregang Cat Kertas Air
Teknik basah atas basah
Teknik basah atas kering
Kering atas basah
Teknik Meregang Cat Kertas Air
Teknik basah atas basah
Teknik basah atas kering
Kering atas basah
Catan Cat Air
Alatan dan Bahan
1. Pewarna atau pigmen dalam bentuk kek atau tiub
2. Pengilat: gam arab.
3. Bahantara: air
4. Ciri-ciri: bersifat lutsinar, boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali, membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
5. Alat: berus jenis lembut pelbagai saiz, palet, bekas air untuk bancuhan warna, kertas cat air jalinan kasar atau kertas katrij tebal.
6. Teknik: basah atas basah, basah atas kering, kering atas basah
Cat air dalam tiub
cat air boleh dimasukkan dalam bekas warna, dibasahkan serta digunakan pada bila-bila masa kerana ia boleh mengering dan basah semula
Cat air dalam jenis kek
Pelbagai saiz , bentuk dan jenis berus lembut
Kertas Cat Air pelbagai ketebalan dan bertekstura
Gam Arab
Kotak Alatan Cat Air , bagi penggemar catan cat air boleh menyediakan bekas untuk menyimpan alatan cat air atau cat minyak yang ada dijual di pasaran seperti di atas . Kotak seperti ini juga boleh dibuat sendiri
Proses Catan Cat Air
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air)
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.
Contoh-contoh Catan Cat Air
Subscribe to:
Posts (Atom)